Sunday, April 26, 2009

Hi Tea Atrium Sunway Hotel





Jam 1pm sampai Hotel Sunway.Ofis An buat Hi Tea kat Sunway Hotel. Makan memang best sbb ada ketam & satay kambing. Untuk Saturday & Sunday they call it Hi Tea & not Lunch. Memang kenyang sangat... penat jaga Zafran & Meera pun ada... Safwan punyalah selera makan Ketam..

SKSS19 Sport Day - 26/4

Kul 7.30am dah bertolak kat skolah Meera. Hari ni ada sukan sekolah. Meera dah excited. Berdebar dia kat garisan permulaan. Acara macam baling boling ala mexico..


Keputusanya ..... Tempat Pertama... ( Senyum Sokmo )

Saturday, April 25, 2009

San Francisco Pizza


At last.. San Francisco Pizza just opened it branch at Bukit Jelutong . Yesterday 8pm we tried seafood pizza and Lambchop ..... mmg best!!! Lepas safwan abiss klas tuition barulah ada masa nak cuba. Customer service 5 star...but nak tunggu pizza lambat ckit .

Monday, April 20, 2009

Happy Birthday Bro


Yesterday was my Bro Rosli 36th birthday. Just to wish that this birthday and all his future birthdays be wonderful... : )

Monday, April 13, 2009

SJMC



Today me & ann r not working. Sending zafran to SJMC for further check.. high fever. Normal fever said Dr Hindon.. Problem with zafran is when time to feed him medecine...very time consuming . Hope he will get well soon.


ps: Today will be Safwan 1st day at Teacher Akilah's school. ( mengaji agama ). For ameera it will be her 2nd class attend.

Saturday, April 11, 2009

Jalan2 & Ivy

Hari ni pg ke Seksy 25, Shah Alam ngan An...ingatkan nak tinted kereta....mahal beb. Not as advertised. PG klinik gigi kat Seksy 9.. ramai plak orang.. kena datang hari keje le nampaknya.
Jam dah pukul 2.30pm... Meera dah abis kelas lukis... Badminton hari ni cancell sbb tak cukup korum..tiga orang aje... aku, mior dan sanusi .

Sampai rumah jam almost 4pm.

Thursday, April 9, 2009

Majlis Tahlil - Rumah Shah

Jam 8.30pm td kat Subang Impian ada majlis tahlil kat rumah Shah ( Penghulu ). Pg skali dengan Hanafi. Ustaz Amir bawa majlis. Pukul 10pm baru abis...tazkirah oleh ustaz mmg best. Lepas makan... ( lauk mmg mengancam ) aku pun balik. Sampai rumah dah 10.45pm.

Wednesday, April 8, 2009

Kompleks 3K


Pagi tadi jam 9am - 10am, Meera ada kelas renang di kompleks 3K. Ann dari ofis g tengok jap kelas renang tu. Sempat ambik gambar lg. Lepas ni bolehlah ajar zafran berenang..

Victory at 2 Hills


  • BUKIT SELAMBAU
1019 pm - Kedudukan terkini selepas 65 peti undi dikira. Akhirnya calon PKR, S.Manikumar menang bila mendapat 12,632 undi manakala calon BN, S.Ganesan pula hanya mendapat 10,229 undi dan lain-lain calon bebas. Ini bermakna Pakatan Rakyat berjaya akhirnya menakluki Bukit Selambau dengan majoriti 2,403 undi .
  • BUKIT GANTANG
Sah Nizar Menang Majoriti 2,789 Undi
TAIPING [9.36 pm] - Keputusan tidak rasmi, calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) disahkan memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang. Ini berikutan kedudukan beliau yang terus mendahului calon Barisan Nasional, Ismail Saffian dengan memperolehi majoriti 112 peti undi selesai dikira. Beliau menang majoriti 2,789, bila mendapat 21,860 undi, Ismail 19,071 undi dan calom bebas Kamarul 62 undi.

Jamuan CTW



7/4 jam 12.30pm acara jamuan CTW pun bermula. Hari ada menu spesial...Kambing Panggang..mmg best. Sambutan harijadi pun ada untuk 1st quarter. En Razak tak datang sbb tak sihat. Cik Yah pun datang sebagai tetamu jemputan ( ex-ctw ). Aku tak makan nasi pun kenyang makan satay dan kambing panggang..hehe 1st time tak makan nasi..
Majlis tamat 2.30pm...

SRKSS19


7/4 Ambik time off hantar ameera gi skolah baru dengan Ann. Jalan sesak kat Shah Alam.. Sampai skolah ameera jam 8.30am. Jumpa pengetua , cikgu dan pembantu kelas. Semuanya ok. Masuk aje kelas ameera terus tgk education tv. Nampak ok aje. Dah selesai g bfast dgn Ann kat rest syed berdekatan. Ann cuti hari nii..

Sampai rumah jam 10am.. terus bawak keta g keja.

Monday, April 6, 2009

TM Sri Intan Resort, PD


1st Day.. Sunday 5/4

Hari sabtu terpaksa miss coz clash dengan malam ined. Next morning by 8am.. kami pun gerak. Sebelum tu sempat singgah Petronas Bkt Jelutong isi minyak dan beli nasi lemak bungkus + roti. Pg PD ikut KLIA dan Lukut. Jalan ok sbb pagi dan jalan masih tak sibuk. Slightly after 9am we arrive at Sri Intan. Sempat breakfast lagi bersama Family Ann. Roti canai nya mmg best makan sekeping mmg tak cukupp...


Budak2 dah tak sabar mandi pool dan mandi laut. Aku pun join sama...syiok jugak. Tengahari makan bungkus lauk. Pg beli dengan Ngah, abg long,abg ngah dan kak in. Budak2 lepas mandi Pool mmg dah keletihan dan kelaparan. Ptg hujan pulak... risau ttg projek BBQ malam nanti. Abang dah susun program untuk malam nanti.

Malam Anugerah - 4/4/09

Akhirnya majlis malam anugerah pun tiba. Aku & wife g skali dengan wahidi and wife. Sampai lebih kurang jam 7pm. Jumpa nizam, tauran, Quzana, ismadi, rosma, izham and khairullah. Lepas solat maghrib.. g semula duk kat meja. Satu meja dengan Q dan Rosma. Memang meriah..esp Q . Lepas makan... ada artis jemputan.. Salima ( uitm ) & azfar . Tok Misai nyayi sama dgn Salima...gamatle dewan. Berdebar juga bila terima scroll... number last plak tu. Kul 11pm kita orang beransur sbb.. dah mengantuk

Saturday, April 4, 2009

Sakit Mata

Ameera nampaknya macam sakit mata. Jam 9pm td g klinik CIMB kat Bkt Jelutong ambik ubat mata. Hopefully by tommorow she will be okey coz Sunday morning we r going to PD for family vacation. Takut projek mandi kat Pool...terbengkalai plak!!

Friday, April 3, 2009

SK SS19


Jam 8am td g PPDP Seksy 19 ambik surat penempatan Ameera. Nasib baik Mr Kuan dah tandatangan surat. So effective 7/4 Ameera akan bertukar ke sekolah baru di SS19 Subang Jaya...dekat ckit dengan maknya..

Thursday, April 2, 2009

Notis Ined


Dapat email dari secreteriat ined..pasai malam anugerah. Dia ada attached email map hotel. Berbaloi le aku studi selama 4 tahun.... Thanks to my Family for their understanding especially my Wife for her continuous support.

Not forgetting my good fren Wahidi ..together we can do it.

nnt bolehlah aku upload gambar..
_________________________________________________

MAJLIS MALAM KECEMERLANGAN PELAJAR e-PJJ, InED 2009

Berlanjutan dengan perkara di atas Institut Perkembangan Pendidikan (InED) akan menganjurkan Malam Kecemerlangan Pelajar ePJJ InED 2009 seperti butiran berikut:


Tarikh :4 April 2009 (Sabtu)
Masa:8.00 malam
Tempat:Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam
Tema:Etnik Kontemporari
Kod Pakaian:Formal / Batik


2. Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan tuan/puan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir April 2008 dan/atau Oktober 2008.

3. Sehubungan dengan ini tuan/puan dijemput hadir ke majlis di atas. Pihak kami memohon agar tuan/puan dapat memberikan maklum balas berhubung kehadiran tuan/puan sebelum 11 Mac 2009. Disertakan bersama ini aturcara majlis untuk rujukan tuan/puan dan senarai kemudahan serta perkhidmatan yang akan disediakan sempena malam anugerah tersebut.

4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Sara di talian 019-2076416 atau emelkan kepada sekretariatepjj@gmail.com

Sekian, salam hormat.


Yang benar,

- t.t. -
Prof. Madya Dr. Syed Jamal Abdul Nassir Syed Mohamad
Ketua Pusat Pendidikan Jarak Jauh
Institut Perkembangan Pendidikan (InED)

Wednesday, April 1, 2009

Zafran & PSP Ultramannya


Tengah baca malaysiakini...tgk update pasal kempen kat Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai. Banyak citer menarik. Zafran pulak interframe...bagi PSP kat dia leka ckit. Favourite game dia Ultraman...tak caya bolehlah tanya dia.

Oklah dah nak tidur..tak sempat chk YM....

Servis Motor (16500km 1/4 )


Jam 6pm tadi..servis moto kat TTDI . Kul 8pm barulah selesai. Sementara tunggu aku lepak kat 'Maply' pekena teh tarik dan tengok World Cup Qualifier" Aus v Uzbekistan. The game won by Aus by 2-0. Call An..she is already on way back home. Detail of services:


  1. Change belting 78

  2. Spark Plug 5

  3. Gear Oil 8

  4. Engine Oil/Minyak Hitam 16

  5. Bulb ( High end ) 18

Total RM125.00

Gambar Meera


Baru first day Create & Use BLOG ...itupun Abang yang bagi info. Cuba upload gamber meera. Mesti kak ya happy tgk gambar dia. Tengah tunggu surat dari Pejabat Pelajaran Daerah Petaling untuk penempatan baru di Sekolah SS19, Subang Jaya bagi Meera. Hopefully by next Tuesday 7/4/2009 she can start at her new school. Lepas ni Kak Ya tak lah lagi sekolah sama dengan abang wan.. kat SKBJ, Shah Alam. Mesti Kay Ya dah tak sabar nak jumpa dengan kawan - kawan barunya. Hari Jumaat ni 6/4/2009 kena collect surat dari PPDP..harap-harap dah siap le.
ps: idea mag ni...copy dari Cik Yah